Saturday, 4 June 2011

0 Pengenalan


Assalamualaikum,
"tak kenal maka tak cinta"
suatu ungkapan yang sering dimainkan kepada seseorang yang baru dikenalinya. Ungkapan ini juga acap kali digunakan oleh sang lelaki dan wanita untuk saling kenal-mengenali (chewah chewah..).

Penulis berasal daripada keluarga yang sederhana. Dibesarkan di satu kampung yang terletak di utara tanah air. Penulis juga ditarbiyah sejak kecil dengan suasana yang persekitarannya diliputi dengan bendang, tali air, bukit & permatang. Dengan tarbiyah yang dialami sejak kecil inilah yang mengungkit kerinduan dihati dengan suasana tersebut.

Penulis anak keempat dari lima adik beradik. Ibu penulis seorang guru kaunseling manakala ayah penulis pula bekerja sebagai Peguam Syariah. Penulis suka bersukan dan bercita-cita menjadi jurutera suatu masa nanti.

Penulis menerima pendidikan awal di Tadika Nury di Alor Star. Kemudian bersekolah rendah di Sk Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching Sarawak (darjah 5 shj), selepas itu berpindah ke sekolah SJK (C) Lok Yuk Likas, Sabah.


seterusnya ke Naik Sekolah menengah bersekolah di MRSM koki.

Rasanya cukup sekadar itu yang boleh penulis kongsikan bersama. InsyaAllah, kita akan sama kenal mengenali dari masa ke semasa...

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget